Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kelas Asas Makyong
Waktu : Ahad, 10.00 pagi – 11.30 pagi.
Kelas Lanjutan Makyong
Waktu : Ahad, 11.30 pagi – 1.00 petang.
Kelas : Februari - Julai
Yuran pengajian : Pendaftaran RM 30 / Bulanan RM 50
Tempat : Studio Swatari, PakNgah Production Sdn. Bhd, Prima Setapak Business Centre, 30-1 Jalan Prima Setapak 3, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur.
Tel : 03 4023 7978 / 012 334 6624 / 012 304 1242 / 017 278 2969
Email : makyongdanzizi@yahoo.com
Kelas Mak Yong Norzizi Zulkifli terbahagi kepada dua peringkat iaitu Kelas Asas dan Kelas Lanjutan. Kelas Asas menekankan kepada 3 gerak tari penting di dalam Mak Yong iaitu Tarian Mengadap Rebab, Sedayung Mak Yong dan juga Tarian Ragam. Selain itu asas pengenalan terhadap sejarah dan asal usul Mak Yong diperkenalkan. Pengetahuan terhadap watak dan perwatakan dalam Mak Yong, lagu-lagu serta muzik turut diterapkan di peringkat ini. Kelas Asas harus dilalui oleh setiap pelajar sebelum memasuki kelas lanjutan. Pelajar akan diberi sijil penyertaan di akhir pembelajaran. Sijil ini hanya akan diberi apabila pelajar berjaya melalui 3 ujian di dalam kelas ini.
Kelas lanjutan layak disertai oleh pelajar yang telah berjaya menamatkan Kelas Asas mereka. Di dalam kelas ini pelajar didedahkan dengan lebih terhadap ilmu teatrikal yang terdapat dalam Mak Yong, memfokuskan kepada nyanyian dan lagu-lagu watak-watak utama. Ilmu drama dan lakonan mula dipelajari serta gerak tari yang lebih kompleks.
saya berminat ingin mengikuti kelas ini..tapi saya masih menuntut di USM kampus kesihatan kelantan...luar dari kuala lumpur...kelas ini terbuka bagi setiap tahun kah??...
BalasPadamsedikit profil ttg saya
nama:nurul aisyah mohd reduzan
pengalaman dalam bidang teater selama dua tahun
memenangi anugerah pembantu wanita terbaik festival teater malaysia(negeri kelantan)09' baru2 ni..
email: aisyahreduzan@gmail.com
Selagi kudrat saya masih ada, insyallah kelas ini akan ada setiap tahun. nanti dah habis belajar, boleh join kelas ini. selagi di Kelantan mahupun Penang nanti, get to know their art form first. then balik KL, u lebih tau n ada pengalaman. Tengok Mak Yong seberapa banyak yg mungkin di kelantan. Balik KL nanti baru belajar ok?
BalasPadamSalam...
Norzizi Zulkifli
so far tgok pernah..berpenglamn dalm pementasan makyong belum lagi lah...ok!! looking forward too~
BalasPadamBlh x kalau saya nk cuba masuk kelas ini pada tahun hadapan sbb saya masih belajar pada tahun ini.
BalasPadamUntuk masuk kelas makyong ini perlu sebarang pengalaman ke?
Kerana saya tidak mempunyai apa-apa pengalaman dlm bidang teater mahupun lakonan dan tarian.
Pada bulan lepas,saya pernah pergi menonoton teater makyong itu sahaja.
Sejak dari itu saya berminat dan ingin tahu lagi dlm bidang tarian.
tolong balas ulasan saya
BalasPadamAthirah...
BalasPadamMaaf lambat balas.
Untuk kelas mak yong ini tiada pengalaman dan bakat yang diperlukan. Hanya minat dan kemahuan yang mendalam yang akan membuka jalan terbentang luas untuk kamu belajar dan jalan untuk saya mengajar! Jumpa tahun depan! Salam.
Saya berminat untuk mempelajari sei mak yong...saya tidak mempunyai sebarann asas tari...dan juga berminat untuk mendaftarkan anak perempuan saya berumur 5 tahun untuk mempelajari seni warisan kita...bila kelas akan bermula semuala...saya rasa kelas telah tamat bagi tahun ini...
BalasPadamsaya berminat..tetapi ada masalah berat badan..boleh ke saya berdaftar dan sertai sbb saya berminat sgt2
BalasPadamSaya memang berminat tapi sis macam mana nk Apply..
BalasPadamAs salam...sy ckgu.x de ke kelas yg diadakan pada waktu cuti hujung taun.sy sgt2 berminat dengan mak yong.....
BalasPadamSalam Puan, says sangat berminat untuk belajar tarian makyong.mash buka lg untuk pendaftaran? Boleh bg info
BalasPadamThank you
Farrah