MEDEA


JIWANYA GREEK...

JASADNYA MELAYU...


Pengarah: Norzizi Zulkifli
Pengarah ekskutif: Dato' Faridah Merican
Pengarah artistik: Joe Hasham OAM
Karya asal: Euripedes
Terjemahan oleh: Roselina Khir Johari
Pengarah muzik: Hafiz Askiak
Pereka set: Hamzah Tahir
Koreografer: K.rul Mohtar
Pereka tatacahaya: Tomoe
Pereka busana: 5thE Taib
Para pelakon: Azizah Mahzan, Zulkifli Zain, Redza Minhat, Elza Irdalynna, Inessa Irdayanty, Siti Farah Abdullah, Syahrul Nizam, Hazirah Hanaliah, Nazurah Hanoom Hanafie, Azril Ali, Syazlee Sya.


Sempena ulang tahun pertama The Actors Studio @ Lot 10, The Actors Studio Teater Rakyat akan mempersembahkan sebuah karya Greek yang diadaptasikan ke sebuah persembahan tradisional Melayu berjudul MEDEA arahan pengarah tersohor Norzizi Zulkifli dan dibintangi pelakon-pelakon handal.

Teater Greek memang terkenal dengan penggunaan korusnya yang bertindak sebagai pemberi komentar dan juga sebagai penonton. Kali ini penggunaan korus ini akan bertitik tolak dari eksplorasi persembahan dikir barat.

********************************************

Wanita itu bernama Medea.

Sebagai isteri, dia menyerahkan sepenuh cinta dan seluruh hidup kepada lelaki bernama Jason yang begitu dicintainya. Perkongsian hidup mereka membenihkan dua putera. Namun, pengorbanan dan kasih sayang itu hanya dibalas dengan pengkhianatan.

Sang suami meninggalkan serta berkahwin dengan perempuan lain semata-mata untuk pangkat dan harta. Siapa yang bersalah jika Medea mengambil keputusan cuba membunuh perempuan yang menghancurkan cintanya, kemudian mengakhiri nyawa darah dagingnya sendiri kerana dendam yangntidak bernoktah?

*************************************************

BUTIR-BUTIR PERSEMBAHAN

Tarikh & Masa
13 Oktober 2010, 8.30 pm (malam prebiu)
14-16 Oktober, 8.30 pm; 16-17 Oktober, 3.00 pm

Harga Tiket
RM25 (Malam prebiu sahaja); RM40 / RM25 (pelajar & OKU)

Promosi
Beli 4 tiket dan dapatkan 1 tiket lagi dengan percuma

Lokasi
Hubungi/Lawati The Actors Studio @ Lot 10 (03-21422009 / 21432009) atau KLPac (03-40479000)

Lawati Axcess HQ (Jalan. Semangat) & One Utama.

Pembelian secara online
http://www.theactorsstudio.com.my/

Ceritera Penubuhan Kelas Mak Yong

Saya ke kota London untuk belajar ilmu pengarahan teater pada 2004 – 2006. Sejajar dengan usia di mana saya mula mengarah teater pada umur 22 tahun, saya merasakan aliran yang menjadi pilihan adalah moden kontemporari. Meskipun begitu, tradisional sering mengekori kerja-kerja seni saya. Sejak 2002 saya diburu oleh Mak Yong di mana Akademi Seni Kebangsan ketika itu, kini ASWARA memberi peluang untuk saya mengarah Mak Yong Anak Raja Gondang di MTC. Susulan dari itu, Istana Budaya pula memberi peluang terbesar dalam dunia pengarahan saya di mana pada usia 27 tahun saya telah berpeluang mengarah di Panggung Sari yang mana pertama kali mengangkat teater tradisional ke pentas moden dan bertaraf dunia. Maka lahirlah Mak Yong Raja Tangkai Hati pada 2003. Selepas dari dua karya ini, saya ingin lari supaya saya tidak di cop pengarah teater tradisi. Malu! Profesor Dr. Anis pernah berkata kesinambungan saya mengarah Mak Yong Raja Tangkai Hati untuk menguasai Mak Yong itu sendiri. Saya tak mahu! Saya mahu moden. Barat yang ku kejar…

Maka London 2004 – 2006 menjanjikan segala ilmu barat yang ingin saya kuasai. Moden, itulah pilihan hati. Semasa mempelajari modul “Musical Theatre” pada waktu itu seorang pensyarah tamu berbangsa Inggeris telah menyedarkan saya dari perjalanan ini. Dia bertanya setiap pelajar, apa tujuan mengambil modul ini? Warga Kuala Lumpur pada ketika itu sedang demam, kerana berlangsungnya Muzikal Puteri Gunung Ledang musim pertama. Saya sungguh excited dengan fenomena di KL ini. Saya menjawab saya nak belajar sebaik mungkin tentang muzikal di barat ini supaya saya boleh mengarah muzikal dengan baik di negara saya. Tanya pensyarah “kenapa tak buat muzikal kamu?” Saya jawab di negara saya, kalau kita buat teater milik kita masyarakat saya kata tak ada standard, tak klas. Mereka nak macam barat. Lagi hampir kita tiru atau buat seperti barat, itu lagi mereka suka. Baru nampak kita hebat! (Fenomena ini samalah juga seperti dunia architechture di Malaysia, lagi banyak senibina kita sama macam di barat, menunjukkan betapa modennya Malaysia. Lagi banyak nama bangunan kita namakan dengan nama Inggeris, lagi moden kita. Nampak dan bunyi lagi classs! Jadi apa yang membezakan negara kita dengan negara mereka? Tiada keunikan.)

Soal pensyarah lagi “Jadi, apa yang buat kamu istimewa? Apa jati diri kamu? Kita dah ada broadway, kita dah ada West End. Kenapa itu yang kamu cari? Kita nak kamu! Apa yang kamu ada? Identiti kamu?” Termenung panjang saya………Menyesal tak sudah. Masa di Malaysia Mak Yong, silat, wayang kulit semuanya saya pernah pelajari, tetapi semuanya cetek. Menyesal saya, masa semua di depan mata semua saya tak endahkan. Bila berjauhan macam ini, mula merasakan keperluan yang maha penting. Kesan dari itulah pulangnya saya ke tanah air, kelas ini saya tubuhkan. Tujuannya supaya saya mempelajari Mak Yong dari Ibu Guru Fatimah Abdullah. Supaya proses pemindahan ilmu ini bercambah pantas, maka saya buka kelas supaya saya boleh belajar dan orang lain juga boleh belajar. Apa yang merisaukan saya adalah “Mak Yong is dying”. Mak Yong milik kita, kesenian kita. Tetapi tidak mahu diwarisi. Bagaimana masa depan Mak Yong? Itu yang turut merisaukan saya. Maka kini saya tidak lagi melihat barat sebagai segalanya. Tanda aras ya, tapi saya ingin ke hadapan melangkah bersama tradisi. Barulah segalanya ada jati diri. Jika tidak, tiada keunikannya karya-karya saya ini. Jika dulu saya mahu bersaing dengan barat, kerana kita banyak jauh ketinggalan. Kini, saya fikir saya tak perlu bersaing, saya perlu seiring. Seiring, adalah dengan menjadi diri saya sendiri.
Dengan belajar dan menyertai kelas Mak Yong ini samalah seperti kita sama-sama menyemai dan memelihara seni warisan kita supaya tidak terkubur. Belajar dan….. tanggungjawab!!!

Salam…

Selamat Datang ke Kelas Mak Yong saya…

Terima Kasih.

Pengambilan Pelajar Baru

Pendaftaran untuk mengikuti kelas Mak Yong masih di buka lagi kepada orang ramai. Sesiapa yang ingin mendaftar bolehlah menghubungi pihak kami seperti yang tertera di bahagian INFO.

Sekian.

GRADUATION 2009

Para pelajar sedang bersiap sedia dengan kostum dan make-up sebelum memulakan persembahan. Malahan sempat mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.









Persembahan daripada pelajar-pelajar bermula...

















Kelihatan Pak Ngah dan Normala Omar begitu teruja dan gembira untuk memyampaikan penganugerahan kepada para pelajar ini. Tahniah diucapkan.



GRADUATION MAK YONG 2008

NORZIZI ZULKIFLI & Datin Sharifah Mahani @ Mak Ngah (Penasihat Kelab Makyong)

Penganugerahan sijil kepada para pelajar oleh Zulkifli Zain



Para pelajar mempersembahkan tarian Mak Yong di hadApaan penonton yang hadir malam itu. Begitu asyik mereka mempersembahankan tarian pada malam tersebut.













































































Para pelajar sempat membuat latihan sebelum persembahan akhir di adakan pada hari tersebut. Kelihatan para pelajar bersungguh-sungguh membuat latihan untuk memberi persembahan yang terbaik kepada penonton yang hadir.